Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar. Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


KARNIVAL BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN) "MOH GEGAR PEKAN"

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2016

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menjejak kembali bekas pelatih PLKN yang berada di sekitar daerah Pekan dan untuk mengukuhkan ukhuwah antara bekas pelatih PLKN dengan masyarakat serta memupuk semangat perpaduan di kalangan belia dan masyarakat...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Kejohanan Futsal Piala YDP Dun Negeri Pahang 2016

Aktiviti Terkini | 01 November 2016

Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam sukan...baca selanjutnya

Sambutan Hari Sukan Negara Daerah Pekan

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat serta pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. Selain itu, ia akan meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat...baca selanjutnya

Larian Hari Malaysia Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 59 Dun Bebar

Aktiviti Terkini | 25 September 2016

Larian ini diadakan sempena Hari Malaysia dan dijalankan di sekitar Padang B Kelab Polo Diraja Pekan dan larian ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat dan juga penduduk setempat. Program ini juga memberi peluang dalam memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia sebagai satu insiatif yang sangat bermanfaat kepada masyarakat...baca selanjutnya

Karnival Semarak Merdeka

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2016

Karnival ini dapat menaikan semangat nasionalisme dan patriotisme di kalangan masyarakat seterusnya mengeratkan lagi hubungan staff serta dapat mempromosikan kebaikan PI1M kepada masyarakat kampung...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN Bebar

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2016

Tujuan majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara para penduduk dan beramah mesra bersama pemimpin...baca selanjutnya

Pertandingan Mereka Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Pertandingan ini dapat meningkatkan daya kreativiti peserta dan mengeratkan hubungan antara para peserta serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta...baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Kg. Permatang Pauh

Aktiviti Terkini| 15 Mei 2016

Aktiviti ini dapat memperkenalkan PI1M kepada penduduk dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk serta dapat mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat dan mengeratkan hubungan antara staff & masyarakat setempat...baca selanjutnya

Program Ramah Mesra Warga Emas Bersama ADUN Bebar Anjuran JKKK Kampung Padang Polo & JPP Zon 24 Pekan

Aktiviti Terkini | 24 April 2016

Memperkenalkan fungsi PI1M & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M
Merapatkan hubungan antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat
Memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti...baca selanjutnya

Pertandingan Online Colouring Kata PI1M Permatang Pauh

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2016

Aktiviti ini dapat memperkenalkan fungsi PI1M & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M dan merapatkan hubungan antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat serta memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti...baca selanjutnya

Pertandingan Teka Silang Kata PI1M Permatang Pauh

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2016

Pertandingan ini bertujuan memperkenalkan fungsi PI1M & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M, merapatkan hubungan antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat dan memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Sekitar PI1M Permatang Pauh)

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2016

Gotong-royong ini bertujuan merapatkan hubungan antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat dan memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti