Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar.

Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PDM PADANG POLO

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2018

Program ini di adakan bagi meraikan hari raya AidilFitri dan juga merapatkan hubungan dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN BERAMAH MESRA BERSAMA DUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2018

Program ini diadakan bagi merapatkan hubungan baik antara pemimpin dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg Permatang Pauh diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan.....baca selanjutnya

PROGRAM CERGAS MINDA SANTAI BERSAMA YB ADUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2018

Program ini di adakan bagi merapatkan hubungan antara pemimpin & pertubuhan dengan rakyat setempat....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH DUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Program ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat dan juga sebagai ‘dry run’ bagi melancarkan proses pilihanraya yang akan berlangsung pada masa akan datang....baca selanjutnya

MISI SUMBANGAN BANTUAN BANJIR DUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2018

Program ini di adakan bagi menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk yang berpindah akibat terjejas dengan banjir dan juda menyemai sikap tolong menolong dalam kalangan komuniti setempat....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti